10 April 2009

perihal tercampaknya saya ke Tanjong Piandang

setelah tamat pengajian di MPPPKT saya dipostingkan ke Sabah. maka mengajarlah saya di sana di SMK Kabota, Tawau...pada tahun 1998 isteri saya telah dapat masuk maktab perguruan persekutuan pulau pinang. maka tinggallah saya di sabah sorang-sorang selama 6 bulan...lalu saya mohon bertukar ke semenanjung...nak jadi rezeki dapat...lalu saya ditawarkan ke negeri perak....lagi pun dekat dengan pulau pinang....lalu saya ditempatkan di SMK Raja Lope Nor Rashid ini....sekarang dah cecah 11 tahun saya di sini..Hari-hari nak ke sekolah saya akan lalu di depan rumah nasation student MPPPKT sama sesi 93/95 di parit tanjong piandang...tapi tak pernahnya jumpa dgn dia sebab dia mengajar di KL...cuti dia balik dah saya pulak balik kampung. tapi pernah pula mengajar adiknya.

Blog rakan MPPKT sesi julai 93/95

menemui rakan-rakanku dari MPPPKT sesi 93/95...
dimanakah kalian...moga diketemukan suatu hari nanti...nantikan satu blog khas utk rakan-rakan MPPKT sesi julai 93/95...rakan-rakan MPPKT bagi sesi yang terdahulu dan kemudian juga dialu-alukan ke blog yang dalam proses pembikinan ini...moga kehadiran posting dari kalian akan memeriahkan lagi blog tersebut dan ukhwah kembali terjalin.

29 Mac 2009

Beberapa peristiwa akan menjadi sejarah

hari ini beregu veteran malaysia telah menjadi juara di india open
hari ini penamaan calon bagi pilihanraya kecil di P59 bukit gantang perak,
bukit selambau kedah dan batang air di sarawak...

kepada pelajar tingkatan 6 smkrlnr sila ambil peluang atas peristiwa pilihanraya kecil ini untuk lebih memahami tajuk PA1 yang relevan dan berkaitan....

28 Mac 2009

Kursus membuat blog

Hari ini guru-guru smkrlnr akan belajar bagaimana membuat blog. semoga setiap guru yang mempelajari teknik ini akan memiliki blog masing-masing yang sentiasa 'update'...selamat memblog.....