31 Mei 2008

Pesta Mencandat Sotong

Saya dan kawang2 telah pergi mencandat sotong di laut seberang takir...tetapi kali ini aku tidak dapat menikmati suasana mencandat itu kerana aku telah mengalami mabuk yang amat teruk...lebih kurang 20 kali aku muntah sehingga terasa tidak ada apa lagi yang tinggal di dalam perut aku ini....walaubagaimanapun kami telah berjaya mendaratkan sotong sebanyak hampir 35ekor....dan keesokan harinya kami telah menjayakan bbq di chalet aniss...tempat menginap....dan episode yang paling seronok dalam trip smk raja lope nor mencandat sotong ini ialah muntah aku yang melekat di tali candat cikgu halim...sehingga menimbulkan kegelian ditekaknya untuk menarik tali candatnya naik ke atas bot....kah...kah...kah...

26 Mei 2008

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Maaris Aziz dan Faridz...di no 35 tmn pelangi parit buntar....didoakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...insyaallah.

24 Mei 2008

doa selamat berangkat dan kembali

didoakan kepada ustaz aziz mahmud yang berangkat menunaikan umrah pada 23 mei 2008 selamat pergi dan selamat kembali...insyaallah...dari semua JU tasawwur... mohon ole-ole dari tanah arab..

17 Mei 2008

selamat hari guru

Guru,
kau dian yang tetap setia menabur bakti,
menerangi hidup anak bangsa,

Guru,
sedikit pun tidak kau minta jasa dan pengorbananmu dibalas,
kerana niatmu ikhlas,
pintamu bukan wang ringgit,
cuma secebis harapan agar perjuanganmu,
dikenang dan dihargai sepanjang hayat.

Guru,
kau penyuluh hidup, pembentuk peribadi,
pemimpin hari muka,
mentadbir negara tercinta.

Guru,
setiap ajaran dan nasihatmu,
akan selamanya menjadi panduan hidup
buat kami semua.

'SELAMAT HARI GURU'
BUAT: SEMUA PENSYARAH DAN GURU LEPASAN
MAKTAB PERGURUAN PASIR PANJANG K. TGANU (M3P)
dari: Ronif (ambilan 93-95)

16 Mei 2008

bahan-bahan p&p 2008

insyaallah mana-mana bahan pengajaran dan pembelajaran yang dirasakan sesuai akan dikongsi diruangan ini.