Kehidupan seorang insan di dunia hanya sementara sebelum berhijrah ke alam yang kekal abadi...ingatlah wahai insan, wahai suami, wahai isteri, wahai anak-anak...dunia yang sementara ini sememangnya menjanjikan keindahan selain keburukan yang menekan jiwa. Justeru itu kembali kepada yang Maha Esa adalah sebaik-baik tindakan. Semoga kita berada dalam golongan yang beroleh keuntungan....Allahu Akbar...Ronif71
10 Mac 2015
Pembelajaran Pengajian Al-Quran di Institut Al-Quran Terengganu
Pada tahun 2014 saya telah memulakan pengajian alquran di IQT kerana memikirkan ilmu mengaji masih belum cukup dipelajari sepanjang hidup ini. Alhamdulillah awal tahun 2014 saya telah berjaya diterima masuk belajar setelah menempuhi sesi temuduga dan bacaan syafawi...dan saya ditempatkan di kelas Ulum 3...
Kitab yang digunakan dan cara mengaji yang diajar mengikut riwayat Hafs al Asim dan berdasarkan tatacara jalan shathibi (torik Shatibi)... alhamdulillah setelah melalui ujian di sem satu dan dua saya telah dapat melanjutkan lagi pengajian ke peringkat Ulum 4... maka bermula pula pada tahun ini iaitu tahun 2015 pengajian yang lebih mendalam mengenai cara sebutan dan tajwid... mohon kepada yang maha esa agar saya terus kekal istiqomah dalam pengajian dan berjaya ke peringkat seterusnya....sekian dahulu utk kali ini....
Langgan:
Catatan (Atom)