28 November 2008

YB Dato' Razali Ismail yang ku kenali



assalamualaikum, hari ini aku dikejutkan dengan berita kembalinya satu-satu insan yang amat ku kagumi,,,,timbalan menteri pelajaran YB Dato' Razali bin Ismail.
Satu antara kenangan selain selalu melihat allahyarham bermain badminton di Dewan Besar Maktab Perguruan Pasir Panjang Kuala Terengganu suatu ketika dahulu ialah ketika melihat beliau berucap di perhimpunan warga maktab pada waktu pagi.
Pernah ketika membuat ungkapan pembuka bicara ucapannya tiba-tiba kami semua mendongak ke langit melihat seekor burung helang laut terbang. ini kerana ucapan beliau yang tiba-tiba menyebut 'dipagi yang indah ini, diserikan dengan terbangnya seekor burung helang yang entah ke mana tujuan, mungkin sedang mencari sesuatu buat mengisi perutnya yang masih kosong'...itulah betapa seni dan indahnya ucapan beliau yang selalu ku dengari dan nikmati bait demi bait...kebanyakannya masih terngiang-ngiang lagi di telingaku.
Masih ku ingat ketika beliau baru bertukar ke maktab tempat aku dididik menjadi seorang pendidik dahulu.....ucapan dan perkara penting yang pertama beliau jalankan....semua warga m3p dari para pelajar, pensyarah dan kakitangan mesti mengerjakan solat zohor berjamaah terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah atau 'wisma' kami. Itulah YB Razali bin Ismail yang ku kenali.... AL-FATIHAH......

4 ulasan:

Adi Presley berkata...

Salam.
Ramai juga set2 kita yg panjat pagar maktab smasa kuatkuasa semayang zohor bjemaah tuh,hahahaa..

p/s-deme geng Syed Asif tu kan?

Guitarist Maktab 93/96

-http://www.youtube.com/adipresley

Wan Teh Wan Kamaruddin berkata...

Salam...
Rasanya dulu seangkatan tapi berlainan unit. Walau bagaimana pun salam silaturahim buat bekas guru pelatih MPPP 93/95.

Ron-ief berkata...

Maaf....adi saya tak ingat lah...yang mana satu yeee. saya memang geng syed asif tapi masa tu saya kelas Pengajaian Agama..batch pertama di m3p tu..untuk pengetahuan syed asif dah meninggal. tapi saya tak tahu bila. saya dpt tahu dari hamidi salleh yang bertanding nyanyi dulu.. budak kelas muzik.. satu lagi ibrahim budak pengajian melayu kelas D kalau tak silap.. meninggal kat setiu eksiden satu family.. kereta kena rempuh lori. al-fatihah
wan teh rasanya saya masih kenal...pakai cermin mata kan...kalau yang tu saya ingat lgi.

Wan Teh Wan Kamaruddin berkata...

Sayalah tu..yang berkaca mata sampai sekarang. Dulu unit C P. Melayu. Kalau nak jelas lagi, wan ni dulu Pemantun Maktab. Mana perginya Ustaz Hamdan dan Ustaz Aziz. Dulu wan agak close juga dgn mereka sbb kami pratikum satu sekolah. Masih di Sabah ke????