29 November 2008

BAHAYA BARANG KITAR SEMULA (artikel diambil dari blog belacansedap...tima kasih)




Saya tertarik dengan sebuah artikel kepenggunaan dalam akhbar mingguan Siasah (28 September-4 Oktober 2008) bertajuk "Fahami maksud simbol pada barangan plastik" yang ditulis oleh Hamdan MS. Saya ingin memohon kebenaran saudara Hamdan untuk menyebarkan semula maklumat ini dalam blog saya demi kepentingan masyarakat.

Sebagai pengguna, kita harus tahu bagaimana untuk menggunakan barangan plastik serta bahayanya jika kita menggunakannya secara tidak betul. Sebenarnya terdapat simbol yang membolehkan kita mengetahui maksud ketahanan plastik tersebut.

Tanda tersebut adalah seperti berikut:

1. Berada atau terletak di bahagian bawah plastik itu

2. Berbentuk segitiga

3. Di dalam segitiga tersebut terdapat nombor

4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA

Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Sila klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk mengetahui jenis kedua dan seterusnya.


JENIS KEDUA

Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:

1. SAN - styrene acrylonitrile

2. ABS - acrylonitrile butadience styrene

3. PC - polycarbonate

4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA

1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

5. Cegah menggunakan barangan plastik untuk mengemas makanan berminyak dan berlemak.

6. Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stailess steel, kaca, seramik dan kayu.

Sekiranya benar fakta ini, secara tidak langsung kita meracuni diri kita setiap hari. Tanpa kita sedari atau memang kita tahu tetapi sering buat acuh tak acuh, bekas plastik yang kita isikan minuman dan makanan telah menjadi racun yang memudharatkan kesihatan dan kesannya bukan sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang.

28 November 2008

YB Dato' Razali Ismail yang ku kenali



assalamualaikum, hari ini aku dikejutkan dengan berita kembalinya satu-satu insan yang amat ku kagumi,,,,timbalan menteri pelajaran YB Dato' Razali bin Ismail.
Satu antara kenangan selain selalu melihat allahyarham bermain badminton di Dewan Besar Maktab Perguruan Pasir Panjang Kuala Terengganu suatu ketika dahulu ialah ketika melihat beliau berucap di perhimpunan warga maktab pada waktu pagi.
Pernah ketika membuat ungkapan pembuka bicara ucapannya tiba-tiba kami semua mendongak ke langit melihat seekor burung helang laut terbang. ini kerana ucapan beliau yang tiba-tiba menyebut 'dipagi yang indah ini, diserikan dengan terbangnya seekor burung helang yang entah ke mana tujuan, mungkin sedang mencari sesuatu buat mengisi perutnya yang masih kosong'...itulah betapa seni dan indahnya ucapan beliau yang selalu ku dengari dan nikmati bait demi bait...kebanyakannya masih terngiang-ngiang lagi di telingaku.
Masih ku ingat ketika beliau baru bertukar ke maktab tempat aku dididik menjadi seorang pendidik dahulu.....ucapan dan perkara penting yang pertama beliau jalankan....semua warga m3p dari para pelajar, pensyarah dan kakitangan mesti mengerjakan solat zohor berjamaah terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah atau 'wisma' kami. Itulah YB Razali bin Ismail yang ku kenali.... AL-FATIHAH......

23 November 2008

cuti sekolah bermula

rasanya masih belum terlambat mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan para pelajar...harapan cuti sekolah dijadikan waktu terbaik menimba ilmu dan membuat persediaan untuk tahun hadapan...setiap peristiwa menjadi kenangan di hari cuti ini kumpul dan pelihara di dalam minda dengan baik untuk dijadikan modal bercerita pada tahun hadapan....
tirai 2008 kian berlabuh...membawa seribu kenangan....pahit manis diharungi tanpa menoleh ke belakang..terpaksa....dan tiada masa untuk menoleh itu....dan....ini...
semoga hari hari mendatang menjadi bertambah senang...segala usaha dimohon dan diharap akan membuahkan hasil....cabaran yang makin menggila...hanya kesabaran pengubat ketabahan diri dan hati...
alhamdulillah...sehingga kini masih boleh tetap berdiri....moga rebah mencuba akan menemui kegagalan...2009 bakal menjelang dengan segala perancangan-Nya yang tidak terjangkau untuk diketahui sehingga tiba saatnya....moga 2009 lebih baik atas segala-galanya...insyaallah....

musim haji datang lagi

diucapkan kepada semua bakal haji akan mendapat haji mabrur.....insyaallah......amin...

18 Oktober 2008

Masih raya lagi

selamat hari raya pada semua warga tmn pelangi....
malam ini diadakan majlis hari raya
semua penduduk krt batu 6 dijemput hadir

tentatif program:
8.30pm: ketibaan para jemputan
9.00pm: majlis bermula
11.00pm: bersurai

semoga kehadiran tuan2 dan puan2 akan memeriahkan
lagi majlis tersebut. insyaallah

23 September 2008

selamat hari raya

saya hamba allah yang lemah ini di hari baik dan bulan yang mulia ini ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kesalahan yang dilakukan sama ada sedar atau tidak sedar kepada semua warga smk raja lope nor rashid....moga kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati oleh allah swt.

gaji utk raya

alamak....gaji tak masuk lagi....setakat pukul 5.00am cek kat internet....akaun masih kontang....macamana nak soping raye ye? Hari ni nak p sabah lagi....harap2 tghri msuk...